Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, remaja berusia 18 tahun itu disamun ketika berjalan pulang bersama seorang rakan selepas membeli barang di kedai ser­baneka 24 jam kira-kira pukul 5 pagi.
“Seorang lelaki bersenjata parang menetak kaki remaja itu dan mangsa dapat melarikan diri tetapi terjatuh sebelum suspek menetak tangan kanan remaja itu hingga putus dan mengambil cincin emas,” kata­nya.
Beliau berkata, rakan mang­sa berusia 20 tahun cuba membantu­nya tetapi diugut akan dicede­r­a­­­kan jika masuk campur.
Suspek melarikan diri de­ngan kereta Proton Perdana manakala mangsa dirawat di Hospital Pulau Pinang dan ke­a­daannya dilapor stabil. – BERNAMA