Search This Blog

Loading...

Sunday, October 30, 2016

Remaja maut dilanggar bas kilang


WARTAWAN SINAR HARIAN
30 OKTOBER 2016
Remaja maut dilanggar bas kilang

Remaja maut dilanggar bas kilang Mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala.
GEORGETOWN - Seorang remaja maut selepas tergelincir di bahu jalan sebelum dilanggar sebuah bas kilang di Jalan Paya Terubong, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa, Nurul Wahida Arzemi, 18, yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi tu, mangsa yang berasal dari Taman Tun Sardon, Gelugor itu sedang menunggang motosikal jenis Honda Wave 100 seorang diri.

“Ketika di tempat kejadian, mangsa yang datang dari arah Paya Terubong menghala ke Relau gagal mengawal motosikalnya lalu tergelincir di bahu jalan yang agak tinggi. Mangsa kemudiannya terjatuh dan dilanggar sebuah bas kilang yang datang dari arah sama.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala. Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat. Pemandu bas kilang berusia 57 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

No comments:

Post a Comment