Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 4, 2016

Pusaran Lubuk Jepun telan 3 pelajar universiti





Oleh KAMARIAH KHALIDI

PASUKAN - penyelamat mengeluarkan mayat tiga mangsa lemas di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, Gombak, Selangor semalam.

Kegembiraan enam pelajar universiti menghabiskan cuti umum Maal Hijrah dengan mandi di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16, Gombak, Selangor semalam bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka mati lemas.

Mangsa yang maut ialah penuntut tahun tiga jurusan Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Abdullah, 22, dan bekas penuntut UIAM, Azrul Hisham Azman, 27. Seorang lagi mangsa merupakan penuntut ijazah sarjana Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd. Sazwan Rahim, 27.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.40 pagi apabila selipar Muhammad terjatuh dalam pusaran air terjun berkenaan.

“Mangsa yang cuba mengambil seliparnya dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dalam pusaran air sedalam kira-kira empat meter.

“Azrul Hisham dan Mohd. Sazwan cuba membantu mangsa, tetapi mereka juga lemas,” katanya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4M4MUcsQB
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment