Search This Blog

Loading...

Sunday, October 30, 2016

Pukul isteri: Pegawai SPRM direman


MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON
29 OKTOBER 2016
Pukul isteri: Pegawai SPRM direman

Pukul isteri: Pegawai SPRM direman Suspek (duduk, tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Segamat untuk mendapatkan perintah reman.
SEGAMAT - Mahkamah Majistret Segamat, membenarkan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes keganasan rumah tangga yang menjadi viral beberapa hari lalu.

Perintah reman empat hari bermula semalam sehingga 1 November depan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Segamat, Rasidah Roslee.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Batu Berendam, Melaka oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada jam 8 malam semalam.

Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan 506 Kanun Keseksaan ugut jenayah serta 18A Akta Keganasan Rumahtangga 1994.

Akhbar semalam melaporkan seorang isteri memuat naik penderitaannya di laman sosial Facebook mendakwa dicederakan oleh suaminya yang juga merupakan pegawai SPRM yang bertugas di cawangan Segamat di rumah sewanya di Jalan Tahang Rimau, Segamat pada 18 September lalu.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan suspek menghilangkan diri serta tidak hadir bertugas sebelum ditahan di Balai Polis Batu Berendam, Melaka pada jam 8 malam semalam.

Suspek kemudian dilihat dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Segamat kira-kira jam 12.30 tengah hari menaiki sebuah kenderaan polis ke IPD Segamat dengan diiring beberapa anggota polis.

No comments:

Post a Comment