Search This Blog

Loading...

Monday, October 10, 2016

Polis Nigeria rampas wang rasuah berjumlah RM3.3 juta





ABUJA – Polis Rahsia Nigeria merampas wang dan aset berjumlah beratus-ratus ribu dolar dalam satu siri serbuan antirasuah terhadap hakim-hakim kanan dalam tindakan yang dikecam oleh persatuan peguam dan kumpulan hak asasi manusia semalam.

Polis turut menahan beberapa orang hakim dalam operasi di seluruh negara itu kelmarin, namun bilangan mereka tidak dinyatakan.

Serbuan terbabit menyebabkan Majlis Peguam Nigeria mengecam operasi ‘ala Gestapo’ tersebut.

Jabatan Perkhidmatan Dalam Negeri (DSS) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pihaknya merampas wang tunai berjumlah AS$800,000 (RM3.3 juta) dalam operasi itu yang dibuat susulan tuduhan rasuah dan salah laku terhadap sebilangan hakim.

“Serbuan ini menemui sejumlah besar wang tunai merangkumi pelbagai mata wang termasuk tempatan dan asing di samping geran tanah bernilai beberapa juta naira sekali gus membuktikan perbuatan tidak beretika hakim-hakim tersebut,” kata DSS.

Sumber di ibu pejabat DSS memberitahu agensi berita AFP bahawa kira-kira empat atau lima orang hakim berada di ibu pejabatnya untuk diambil keterangan mereka.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari yang dipilih pada tahun lepas berjanji akan menghapuskan gejala rasuah yang menular di negara yang kaya dengan sumber minyak itu. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4Mgxfqzzd
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment