Search This Blog

Loading...

Saturday, October 1, 2016

Polis bantuan ditahan edar ganja





Oleh TAUFIK SALIMIN

ABANG AHMAD (tiga dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan ganja yang dirampas daripada seorang konstabel polis bantuan dan pelajar perempuan pada sidang akhbar di IPD Kuching semalam.

KUCHING – Seorang konstabel polis bantuan dan pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang bekerjasama mengedar dadah di sekitar bandar raya ini ditahan polis ketika sedang mengambil bungkusan berisi ganja di sebuah pejabat pos laju di Jalan Song di sini tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, kedua-dua suspek ditahan pada pukul 12.20 tengah hari itu selepas pelajar wanita berusia 19 tahun mengambil bungkusan di pejabat pos berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pada bungkusan itu me­nemui ganja seberat kira-kira 1 kilogram yang diposkan dari Semenanjung.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz4Lp5ZKhrd
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment