Search This Blog

Loading...

Saturday, October 1, 2016

Perompak kebas 12 dulang emas





Oleh SUHANA MD. YUSOP

Keadaan kedai emas yang terletak di dalam sebuah pasar raya di Banting selepas disamun empat lelaki semalam.

SHAH ALAM – Empat penjenayah bertopeng dan bersenjatakan pis-

tol melarikan 12 dulang barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit dari sebuah pasar raya di Banting di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.35 pagi, terdapat lima pekerja iaitu seorang lelaki dan empat wanita sedang bertugas mengemas kaunter pameran barang kemas bagi memulakan perniagaan pada hari tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Zailan Tasir berkata, empat suspek yang turut bersarung tangan dan ada yang membawa tukul besi dipercayai masuk ke pasar raya tersebut melalui pintu belakang.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4Lp5HUnOz
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment