Search This Blog

Loading...

Sunday, October 30, 2016

Penjaga tandas ditemui mati dengan kesan tikaman


29 OKTOBER 2016
mayat

mayat
SANDAKAN - Seorang penjaga tandas di Pasar Tani Gum-Gum Batu 16, dekat sini ditemui mati dengan kesan tikaman dalam sebuah bilik di pasar tani itu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Mohd Zain berkata, terdapat kesan kecederaan pada rusuk kanan mayat mangsa berumur 26 tahun itu yang dipercayai akibat tikaman senjata tajam.

Mayat mangsa ditemui bapanya pada 5.45 pagi, katanya di sini hari ini.

Menurut Zabidi, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu baru tiga bulan bekerja sebagai penjaga tandas di pasar tani berkenaan.

Kebiasaannya mangsa akan balik bersama bapanya apabila selesai tugas namun pada hari kejadian, mangsa tidak berbuat demikian kerana menunggu dan berjumpa dengan seseorang.

Mayat dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment