Search This Blog

Loading...

Saturday, October 8, 2016

Pasangan kekasih penagih dadah


SUSPEK wanita yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dadah di Jalan Krokop, Miri kelmarin.


MIRI – Sepasang kekasih warga asing yang disyaki penagih dadah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Krokop di sini kelmarin.
Pasangan kekasih warga Indonesia itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kira-kira pukul 10.30 malam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, bertindak hasil maklumat awam, polis berjaya menahan kedua-dua suspek yang berusia 47 dan 24 tahun itu.
Menurutnya, selepas melakukan pemeriksaan, polis berjaya menemui satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.63 gram.
“Ketika ditahan, pasangan terbabit memberi alasan tidak terlibat terlibat dalam sebarang aktiviti penagihan dadah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz4MRrl1Lry 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment