Search This Blog

Loading...

Saturday, October 8, 2016

Padah cacah tatu, hisap dadah



Anggota polis mengiring keluar sebahagian daripada 16 pelatih Puspen yang didakwa di Mahkamah Majistret Melaka semalam.


MELAKA – Tindakan 16 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Tiang Dua mencacah tatu dan mengambil dadah memakan diri apabila mereka dikenakan denda serta penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Analia Kamaruddin membuat keputusan itu selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah atas dakwaan melanggar syarat-syarat perintah pusat ber­kenaan.
Mengikut pertuduhan, 14 daripada tertuduh didakwa melanggar Ikrar Akujanji dengan membuat tatu di bahu, lengan, kaki dan dada di pusat berkenaan pada pukul 9.30 pagi 15 Ogos lalu.
Mereka ialah Mohammad Wayukaffi Abdul Kadir, 23; Muhammad Iskandar Zakaria, 24; Muhammad Shafril Amin Norapandi, 25; Shahrol Nizam Rahim, 25; Mohd. Afi Faiz Rafie; Mohamad Bajuri Ahmad; Muhammad Syafiq Mohamed Yusof dan Mohd. Hafiz Mohmad Zaki masing-masing berusia 27 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4MRrsTHyc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment