Search This Blog

Loading...

Monday, October 10, 2016

Ops Water: Akaun Suspek Di Luar Negara Cecah Lebih RM30 Juta


Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 7:22 PM
 Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
iwan@thestar.com.my



PETALING JAYA: Lebih RM30 juta telah dipindahkan ke akaun pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah di luar negara, yang dipercayai mempunyai kaitan kes salah guna dana projek infrastruktur di negeri itu.

Sumber memberitahu, maklumat yang diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan kedua-dua suspek terlibat memiliki beberapa akaun bank di tiga negara.

“Siasatan mendapati lebih RM30 juta telah dipindahkan ke akaun-akaun mereka.

“Maklumat awal mendapati pengarah tersebut memindahkan wang kira-kira RM1 juta ke akaunnya di luar negara, manakala bakinya adalah milik timbalan pengarah,” katanya.

Mengenai 127 geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah, kata sumber berkenaan, ia dianggarkan mencecah kira-kira RM30 juta.

Antara geran yang dirampas adalah geran berstatus tanah perumahan, pertanian dan komersial di beberapa lokasi di Sabah.

Selain itu, kata sumber itu lagi, setakat ini, SPRM telah merakamkan keterangan 40 saksi berhubung kes melibatkan dana awam sebanyak RM3.3 bilion itu.

“Mereka yang dirakam percakapan hari ini merupakan ahli keluarga timbalan pengarah, pekerja daripada beberapa syarikat yang dipercayai terlibat secara langsung dalam projek-projek berkenaan,” kata sumber.

Sumber itu menambah, SPRM juga dijangka memohon untuk menyambung tempoh reman terhadap kesemua empat suspek yang berakhir pada Selasa.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Minggu lalu, dilaporkan jumlah wang tunai yang dirampas susulan penahanan dua pegawai kanan itu meningkat kepada lebih RM52 juta, selain RM60 juta lagi dalam akaun bank yang telah dibekukan.

Selain wang tunai dan beberapa kereta mewah berjumlah lebih RM2.7 juta, sejumlah barang kemas RM3.64 juta, turut dirampas adalah 94 beg tangan pelbagai jenama milik isteri kepada salah seorang suspek bernilai kira-kira RM500,000.

Tags / Kata Kunci:
SPRM , Ops Water




No comments:

Post a Comment