Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

Nahas 3 kenderaan, seorang maut, lima cedera

ISNIN, 31 OKTOBER 2016 @ 4:02 PM

 Oleh Nor Hayati Zainudin bhnews@bh.com.my [[gn4id:17102591]]

KEADAAN PROTON Wira yang dinaiki mangsa selepas terlibat nahas tiga kenderaan di Jalan Lesung Batu, Alor Gajah, malam tadi. - Foto Nor Hayati Zainudin   
ALOR GAJAH: Seorang petugas kaunter di sebuah hotel, di sini maut selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Lesung Batu, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, mangsa S Vijayakumar, 56, maut di tempat kejadian selepas tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan serta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abdul Aziz, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan yang dinaiki seorang anggota tentera berusia 41 tahun serta keluarganya dari Machap ke Alor Gajah terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis PERODUA Alza yang dinaiki empat sekeluarga, termasuk seorang anggota tentera berusia 41 tahun dipercayai terbabas dan melanggar PROTON Wira dinaiki mangsa bersama seorang lagi pemandu lelaki berusia 25 tahun di laluan bertentangan.

 "Pada masa sama, sebuah lagi kereta Toyota Corolla yang berada di belakang kereta mangsa gagal mengelak dan turut melanggar belakang kereta yang dinaiki mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain mangsa yang maut di tempat kejadian, pemandu PROTON Wira turut mengalami patah kaki kiri dan telah menerima rawatan di Hospital Putra.

Katanya, kemalangan itu turut mengakibatkan anggota tentera patah tulang rusuk kanan dan di hantar ke Hospital Melaka, manakala isterinya, 43, lebam di bahagian dada, anak perempuannya, 23, patah kaki kanan dan anak lelakinya, 10, patah kaki kiri. Mereka semua dirawat di Hospital Alor Gajah (HAG), di sini.

"Mayat mangsa dibawa ke HAG untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.




Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/208003

No comments:

Post a Comment