Search This Blog

Loading...

Saturday, October 1, 2016

Maut selepas berbalas WhatsApp





Oleh ZAID MOHD. NOOR

Kereta Proton Persona yang dipandu mangsa dipercayai terbabas ke dalam sungai di Kilometer 10.5, Kampung Alor Biak, Jalan Sungai Korok, Jitra semalam.

JITRA – Hasrat seorang kakitangan Tabung Haji Sungai Petani untuk bertemu isterinya di Arau, Perlis tidak kesampaian apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Kilometer 10.5, Kampung Alor Biak berhampiran Jalan Sungai Korok di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, Ramsunardi Ramli, 42, dikatakan dalam perjalanan dari Sungai Petani untuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama isterinya yang tinggal bersama keluarganya di Kampung Telok, Arau.

Difahamkan, kemalangan itu dipercayai berlaku ketika mangsa dan isterinya sedang berbalas WhatsApp.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz4Lp5st6Vc
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment