Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

Maut kemalangan tiga kenderaan



KENDERAAN yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba



Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


Rawang: Lelaki maut selepas van yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua lagi kenderaan di Kilometer 438, Lebuhraya Utara Selata arah utara, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Rawang di sini, hari ini.

Kejadian kira- kira 4 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 60-an dan pemandu van tersepit sebelum dikeluarkan pasukan bomba.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat pada 4.01 pagi.

"Sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang bergegas ke lokasi dan mendapati kemalangan membabitkan bas, kereta dan van.

"Terdapat dua mangsa di dalam van dan penumpangnya didapati meninggal dunia manakala pemandunya parah," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 12:07 PM

No comments:

Post a Comment