Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 4, 2016

Lima jam bertarung nyawa


NOOR AZURIN MOHD SHARIF
4 OKTOBER 2016
Lima jam bertarung nyawa

Kedua-dua kereta remuk terbabit dalam kemalangan berkenaan.

MELAKA - Seorang pelajar sekolah bertarung nyawa kira-kira lima jam sebelum meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka akibat kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Tun Perak, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, mangsa, Louis Ang Wei Jie, 16, bersama Teo Chok Hen, 16, Teo Chok Hien, 19, menaiki Perodua Axia dipandu Tianmy Ang Cian Wem, 18.

Kereta mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta jenis Volkswagen Scirocco dipandu Chim Ting Jun, 26.

Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Axia datang dari arah Gajah Behrang menghala ke Taman Bachang Kampung Enam secara tiba-tiba memasuki simpang Taman Bachang, Kampung Enam menyebabkan Volkswagen Scirocco di jalan lurus melanggar Perodua Axia terbabit.

Akibat perlanggaran itu, Ang Wei Jie yang parah di kepala sebelum dihantar ke Hospital Melaka bersama mangsa lain untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah bagaimanapun berkata, mangsa meninggal dunia pada jam 7.51 pagi semalam ketika di Hospital Melaka.

“Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk pada kepala. Bagaimanapun, pemandu Perodua Axia tidak mengalami kecederaan.

Pemandu Volkswagen Scirocco pula cedera di kepala dan semuanya dirawat di Hospital Melaka,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sementara kedua-dua kenderaan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut.

No comments:

Post a Comment