Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

Lelaki maut kereta terbabas



GAMBAR hiasan


Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


Nibong Tebal: Lelaki maut dalam kemalangan di KM166.1Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di sini, 8 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, kereta dipandu mangsa S Mogan, 39,bersama temannya, K Kanagavali, 24, terbabas sebelum terbalik di lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Trong, Perak menuju Butterworth.

Beliau berkata, lelaki berkenaan maut akibat parah di kepala manakala temannya cedera di kaki dan tangan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 1:23 PM

No comments:

Post a Comment