Dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari itu, lelaki berusia 53 tahun berkenaan ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek ditahan bersama-sama dadah seberat 420 gram itu yang sudah siap dibungkus dan diletakkan di dalam kotak dipercayai untuk diedarkan kepada pelanggan di sekitar negeri ini.
“Hasil soal siasat, suspek memberitahu dia menjual sepeket dadah yang setiap satunya seberat dua gram dengan harga RM50,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mior Faridalathrash menambah, ekoran penahanan lelaki itu, pihaknya kini menyiasat punca bekalan dadah yang diperoleh lelaki berkenaan serta rangkaian sindiket dadah yang dikaitkan dengan suspek.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ujian air kencing ke atas suspek juga menunjukkan lelaki berkenaan positif morfin.
“Malah siasatan lanjut juga mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan bersabit kes dadah,” katanya.
Tambah beliau, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.