Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk sekitar pada pukul 12.40 tengah hari tadi.
“Siasatan mendapati mangsa yang berumur 58 tahun itu dipercayai dibunuh. Mayat mangsa ditemukan di bahagian ruang tamu rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE