Kejadian pada pukul 10.40 malam itu dipercayai bermula apabila dua kumpulan pemuda telah memanggil rakan masing-masing dan mencetuskan pergaduhan berhampiran sebuah kafe siber di Setapak dan berlarutan hingga ke Danau Kota pada lewat pagi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, polis yang menerima laporan pergaduhan telah menahan dua lelaki yang dipercayai menjadi punca pergaduhan itu di sebuah premis di Setapak dan dua lagi di kawasan berhampiran.
Menurutnya, empat lagi lelaki ditahan di Hospital Kuala Lumpur.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.
“Tujuh suspek ditahan reman sehingga 9 Oktober dan seorang lagi direman sehingga 11 Oktober ini. Kita masih memburu 12 lagi lelaki bagi membantu siasatan,” katanya. - UTUSAN ONLINE