Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 4, 2016

Kim Kardashian dirompak RM45 juta







REUTERS - WARTAWAN dan jurugambar menunggu di penginapan mewah, Rue Tronchet di tengah Paris semalam selepas kejadian Kardashian dirompak kelmarin.

PARIS – Bintang realiti te­levisyen, Kim Kardashian kehilangan barangan kemas bernilai AS$11 juta (RM45.2 juta) selepas dirompak oleh dua lelaki bersenjata yang memakai topeng dan berpakaian seperti pegawai polis, menurut satu laporan kelmarin.

Pihak berkuasa Perancis berkata, Kardashian telah dirompak di sebuah hotel dengan penjenayah mengacukan senjata api ke arah­nya.

MailOnline pula melaporkan, penjayah tersebut telah membawa lari dua kotak barangan kemas yang masing-masing bernilai AS$6.7 juta (RM27.5 juta) dan AS$4.5 juta (RM18.5 juta).

Jurucakap kepada selebriti itu memberitahu, Kardashian agak trauma dengan insiden itu, namun tidak mengalami sebarang kecederaan selepas serangan yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) Ahad lalu.

Tambahnya, dua lelaki bersenjata berpakaian seperti pegawai polis telah memasuki bilik hotel Kardashian dan kemudian me­ngacukan senjata ke arahnya.

Bagaimanapun, dia tidak memberi maklumat lanjut atau mengatakan sama ada insiden itu merupakan satu cubaan rompakan atau mempunyai motif lain.

Sebaik mendengar berita itu, suami Kardashian, Kenya West yang juga seorang rapper segera mengakhiri persembahannya dalam satu festival di New York dengan alasan kecemasan keluar­ga.

“Saya minta maaf. Persembahan tamat,” kata West ketika membuat persembahan.

Kardashian, 35, salah seorang selebriti paling terkenal di Amerika Syarikat berada di sini bagi menghadiri Minggu Fesyen Pa­ris.

Dia menjadi tajuk utama pada pertunjukan tersebut kerana muncul tanpa solekan dan berpakaian seksi. Kardashian mempunyai dua orang anak bersama West dan popular dengan rancangan realiti Keeping Up with the Kardashians.

– Agensi



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4M4NH1iHd
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment