Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

Kilang Kasut Dijilat Api, Rugi Hampir RM100,000


Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2016 9:44 PM
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang mengawal kebakaran sebuah kilang kasut di kawasan Perindustrian Ringan Menglembu Ahad.
 -fotoBERNAMA

IPOH: Sebuah kilang kasut mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila sebahagian daripada bangunannya yang menyimpan stok kasut baharu musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Ringan, Menglembu di sini, Ahad.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Khairul Jamil berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira pukul 1.57 tengah hari sebelum 19 anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Ipoh bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, api marak di tingkat bawah bahagian belakang kilang manakala tingkat atas yang merupakan pejabat kilang tersebut tidak terjejas.

"Kebakaran berkenaan telah menyebabkan 40 peratus barangan termasuk perabot seperti almari dan alat pendingin hawa musnah dijilat api manakala hanya lima peratus stuktur bangunan musnah," katanya ketika dihubungi Bernama Ahad.

Katanya, ketika kejadian tiada mangsa di dalam kilang dan operasi memadamkan api masih lagi dijalankan bagi memastikan sebarang kebakaran tidak berlaku semula.

No comments:

Post a Comment