Search This Blog

Loading...

Monday, October 10, 2016

Kastam wanita kejar tonto maut


Pacuan empat roda Isuzu D-Max dinaiki Anisah dan dua anggotanya remuk selepas dirempuh Toyota Hilux di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas Jumaat lalu.


KOTA BHARU – Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) wanita yang cedera parah selepas dilanggar Toyota Hilux dinaiki tonto pada Jumaat lalu meninggal dunia selepas sehari bertarung nyawa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab. Rahman Ismail berkata, sebelum kejadian pada pukul 1.25 pagi di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, Anisah Ali, 54, bersama dua anggota JKDM lelaki yang menaiki Isuzu D-Max terserempak dengan sebuah kenderaan dipercayai dinaiki kumpulan penyeludup rokok.
Anisah merupakan pegawai kanan bahagian penguatkuasaan JKDM cawangan Rantau Panjang.
Menurut beliau, anggota penguat kuasa itu cuba menahan kenderaan tersebut namun kenderaan suspek memecut laju tanpa menghirau arahan pegawai kastam yang memberi arahan supaya berhenti.
“Isuzu D-Max dinaiki Anisah mengejar kenderaan itu yang semasa itu menghala ke Pasir Mas namun secara tiba-tiba datang sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux merempuh belakang Isuzu D-Max dinaiki penguat kuasa kastam tersebut.
“Toyota Hilux itu turut menghimpit Isuzu D-Max dipercayai bertujuan melengah-lengah dan menghalang kenderaan pihak berkuasa itu daripada terus mengejar kenderaan penyeludup,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4MgygT5sm 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment