Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

Kanak-kanak dibawa lari masih trauma


31 Oktober 2016 1:42 AM

PULAU PINANG 30 Okt. – Kanak-kanak lelaki yang dibawa lari ketika menumpang seorang lelaki India untuk pulang ke rumah di Sungai Pinang di sini masih bi­ngung dan trauma dengan kejadian yang menimpanya.

Muza ffar Mohammad
Muzaffar Mohammad
Malah, Muzaffar Mohammad, 11, hanya memberitahu dia dibawa ke sebuah hotel di Taiping, Perak oleh lelaki yang ditumpangnya dan bermalam di sana.

Katanya, keesokannya, lelaki berkenaan meninggalkannya di sebuah stesen bas sebelum dia dijumpai orang awam yang menyerahkannya ke balai polis berdekatan.

Menurut Muzaffar, dia juga tidak dapat menghubungi ibu bapanya kerana tidak ingat nombor telefon bimbit mereka.

“Mulanya lelaki itu berkata mahu hantar saya ke rumah, tetapi dia bawa ke hotel di Tai­ping. Esoknya dia tinggalkan saya di stesen bas dan ada orang jumpa dan bawa saya ke balai polis,” katanya.

Muzaffar ditemui pemberita selepas dipertemukan semula dengan ibunya, Amnah Basri dan bapa tirinya, Sabri Abdul Ghani di Balai Polis Jelutong kira-kira pukul 1 pagi ini.

Kehilangan Muzaffar sebelum ini menjadi viral di internet selepas dia didakwa menumpang motosikal seorang lelaki India untuk pulang ke rumahnya di Sungai Dua di sini kira-kira pukul 11.30 pagi Jumaat lalu.

Lelaki India berkenaan didakwa menawarkan bantuan me­num­pangkan Muzaffar selepas motosikal yang dinaiki kanak-kanak itu bersama bapa tirinya pancit di atas Jambatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, bapa tiri ka­nak-kanak itu mendakwa gagal mengesan lelaki berkenaan yang membelok ke arah lain sewaktu hampir tiba di rumah mereka di Sungai Dua sebelum membuat laporan polis.

Malam tadi, polis Taiping, Perak memaklumkan Muzaffar dijumpai orang ramai sebelum menghubungi pusat tahfiz kanak-kanak berkenaan di Seberang Perai.

No comments:

Post a Comment