Search This Blog

Loading...

Saturday, October 1, 2016

Inspektor menangis teresak-esak





Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN

SURIATI dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda kerana bersetuju menerima rasuah.

KUALA LUMPUR – Seorang inspektor polis wanita yang sarat me­ngandung menangis teresak-esak sebaik Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM20,000 ke atasnya ke­rana bersetuju menerima ra­suah RM4,000 tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab. Karim Ab. Rahman membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azah Kasran terhadap pembebasan In­spektor Suriati Mohd. Shafie, 35, yang kini hamil sembilan bulan daripada pertuduhan itu.

Sebaik mendengar keputusan itu, Suriati menangis teresak-esak dan terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan wanitanya.

Ab. Karim berkata, mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd. Nasir Nordin, telah terkhilaf semasa membuat keputusan pada akhir kes pem­belaan yang melepas dan membebaskan Suriati pada 23 Januari 2015.

Dalam prosiding semalam, Ab. Karim turut memerintahkan tertuduh dipenjara lapan bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda itu.

Dalam penghakimannya, Ab. Karim berkata, rasuah merupakan kesalahan serius terutama bagi mereka yang menjaga ke­selamatan dan penguatkuasaan kerana melibatkan amanah dan integriti bukan sahaja kepada seseorang bahkan kepada jabatan dan masyarakat.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4Lp4o0aei
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment