Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 4, 2016

Helikopter Nuri terhempas di SMK Balung, Tawau


WARTAWAN SINAR HARIAN
4 OKTOBER 2016
Helikopter Nuri terhempas di Tawau

Helikopter Nuri terhempas di Tawau Kejadian berlaku‎ di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, dekat sini, pagi tadi. - Foto Facebook
SHAH ALAM - Sebuah ‎helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Nuri terhempas atas bumbung bangunan Pusat Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau, pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera apabila sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus yang dipetik laporan Berita Harian.

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Kejadian yang berlaku ketika sesi pembelajaran telah menyebabkan sebahagian pelajar trauma dan menangis.‎

No comments:

Post a Comment