Search This Blog

Loading...

Saturday, October 8, 2016

Gunung Aso Letus Abu Panas


Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 11:26 AM


TOKYO: Gunung Aso yang terletak di selatan Pulau Kyushu meletus awal pagi Sabtu, menghasilkan abu gunung berapi pada ketinggian 11,000 meter ke langit.
Perkara itu disahkan Agensi Meteorologi Jepun.
Media tempatan melaporkan, tiada kecederaan direkodkan susulan letusan yang bermula pukul 1.46 pagi waktu tempatan di salah satu puncaknya setinggi 1,592 meter itu.
Ia letusan pertama di puncak berkenaan sejak Januari 1980.
Agensi itu juga mengeluarkan arahan berwaspada tahan tiga daripada lima kepada penduduk persekitaran.
Orang ramai juga diarahkan supaya tidak menghampiran kawasan pergunungan itu bagi mengelak terkena batu dari tanah tinggi akibat gegaran gunung berapi itu.
Gunung Aso adalah antara puncak yang aktif di Jepun dan ia juga popular di kalangan pendaki.
Pada 2014, Gunung Ontake di tengah Jepun meletus secara tiba-tiba mengakibatkan 63 maut.

No comments:

Post a Comment