Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

Gagal rompak dua mesin ATM


PERALATAN pemotong gas oxy-acetylene yang digunakan suspek dalam cubaan memecahkan dua mesin ATM di sebuah pasar raya di Jalan Persekutuan Ipoh-Kampar semalam.


KAMPAR – Tiga pengawal ke­selamatan berdepan detik cemas apabila diikat dan dikurung di dalam tandas lelaki lebih kurang dua jam oleh empat lelaki dalam satu kejadian cubaan merompak dua buah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Jalan Persekutuan Ipoh-Kampar semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, ketiga-tiga pengawal ke­selamatan itu sedang berehat selepas membuat rondaan di hadapan pintu pasar raya itu sebelum mereka didatangi empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan besi kuku kam­bing.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, suspek kemudian bertindak mengikat ketiga-tiga pengawal keselamatan itu sebelum mereka berjaya melepaskan diri dan mendapatkan bantuan.
“Siasatan mendapati, dua buah mesin ATM di dalam bangunan pasar raya itu telah cuba dipecahkan oleh suspek menggunakan pemotong gas oxy-acetylene dan gerudi, namun gagal untuk mengambil wang tunai di dalam kedua-dua mesin itu.
“Suspek juga telah memecahkan sebuah pintu di pasar raya itu untuk masuk ke dalam premis sebelum berjaya melarikan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz4OcIwPgIv 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment