Search This Blog

Loading...

Saturday, October 1, 2016

Duterte samakan dirinya dengan Hitler

SABTU, 1 OKTOBER 2016 @ 10:43 AM



 PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte. - Foto Reuters

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte menyamakan dirinya dengan pemimpin Nazi, Adolf Hitler, dan menyuarakan kegembiraan untuk menghapuskan tiga juta pengguna dan pengedar dadah di negara itu. Walaupun pentadbiran Presiden Barack Obama mengecam kenyataan itu, komen Duterte mencetuskan kejutan dan kemarahan dalam kalangan kumpulan Yahudi di Amerika Syarikat, yang boleh menyebabkan tekanan ke atas kerajaan Amerika supaya bertindak lebih tegas terhadap Duterte.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Mark Toner, berkata komen Duterte, dalam ucapan sebaik tiba di Bandaraya Davao selepas lawatan ke Vietnam, adalah "tidak selari" dengan hubungan Amerika dengan Filipina, "dan kami mendapati ia tidak menyenangkan".

Duterte memberitahu wartawan beliau "digambarkan sebagai sepupu Hitler" oleh pengkritik. Sambil menyatakan Hitler membunuh jutaan orang Yahudi, Duterte berkata: "Ada tiga juta penagih dadah di Filipina. Saya gembira untuk membunuh mereka. "Jika Jerman ada Hitler, Filipina mempunyai..." katanya, berhenti seketika dan menunjuk dirinya. Beliau berkata: "Anda tahu mangsa saya, saya mahu semua menjadi penjenayah untuk menamatkan masalah negara saya dan menyelamatkan generasi seterusnya daripada binasa."

Penasihat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghalang pembunuhan beramai-ramai, Adama Dieng, menyuarakan kebimbangan mengenai komen Duterte dan menggesa pemimpin Filipina itu tidak terlalu celupar, menurut kenyataan badan dunia itu. Dieng juga menggesa Duterte menyokong siasatan terhadap laporan dalam pembunuhan berikutan kempen antidadahnya, menurut kenyataan PBB. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/197830

No comments:

Post a Comment