Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

Dua maut kereta terjunam ke parit

ISNIN, 31 OKTOBER 2016 @ 9:02 AM

 Oleh Rudi Affendi Khalik bhnews@bh.com.my

MANGSA didapati tersepit di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

PETRA JAYA: Dua terbunuh selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke parit berhampiran Pusat Perubatan Pakar Normah, di sini malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, ketika mengesahkan kejadian, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai insiden berkenaan kira-kira jam 10.58 malam. "Sejurus dimaklumkan, sebuah jentera dan sebuah ambulans dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuching. "Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati sebuah kenderaan Proton Saga BLM yang dipandu menghala ke Kuching dari Petra Jaya telah terbabas ke bahu jalan sebelum terlanggar pokok dan terhumban ke parit," katanya. Katanya, impak pelanggaran menyebabkan kenderaan terbabit remuk teruk, dengan dua mangsa didapati tersepit di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.


 IMPAK pelanggaran menyebabkan kenderaan terbabit remuk teruk.

 "Kita mengambil masa 40 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan hidraulik. Kedua-dua mangsa yang tersepit itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik. "Tiga lagi penumpang iaitu seorang lelaki dan dua wanita selamat dan hanya mengalami cedera ringan serta trauma," katanya. Mangsa yang maut diikenal pasti sebagai Dayang Persih Awang Latiff dan Mizan Firan Abdul Malik. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching bedah siasat.


 DUA mangsa yang terbunuh selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke parit berhampiran Pusat Perubatan Pakar Normah, di Petra Jaya, malam tadi.  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207889

No comments:

Post a Comment