Search This Blog

Loading...

Saturday, October 1, 2016

Dua beradik maut nahas kereta, lori

SABTU, 1 OKTOBER 2016 @ 8:47 AM


Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my


KERETA yang dinaiki dua beradik remuk dalam kemalangan di simpang Kim San, Jalan Sarikei-Kuching, malam tadi.


SARIKEI: Seorang anggota tentera dan adiknya maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori di simpang Kim San, Jalan Sarikei-Kuching, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, Azrul Azzahan Tahir, 24 dan adiknya, Zulaika Tahir, 13, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta Proton Saga dinaiki bertembung dengan sebuah lori.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.28 malam.

Beliau berkata, lapan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dihantar ke tempat kejadian.

 "Setibanya di lokasi, kedua-dua mangsa didapati tersepit di tempat duduk hadapan dan disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

 Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat manakala pemandu lori hanya cedera ringan.

Berdasarkan kad pengenalan mereka, Azrul Azzahan beralamat di Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat di Kuala Lumpur manakala Zulaikha beralamat  di Lorong Satria 2E, Sibu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/197808

No comments:

Post a Comment