Search This Blog

Loading...

Saturday, October 1, 2016

Ditahan miliki kad pengenalan palsu




FOTO ihsan JPN

Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my


Melaka: Dua lelaki Filipina ditahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana memiliki kad pengenalan dan dokumen pengenalan sementara palsu di IbuPejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, semalam.

Tangkapan semula oleh JPN itu dibuat selepas laporan tangkapan pertama dilakukan polis pada 22 Oktober lalu menerusi satu operasi oleh IPD Alor Gajah.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka, Norazle Sulaiman berkata, suspek masing-berasal dari Zamboanga, Filipina, berusia 22 dan 20 tahun menggunakan kad dan dokumen pengenalan diri palsu atas nama lelaki tempatan.

"Kita sedang mendapatkan tahanan reman terhadap kedua-dua suspek untuk meneruskan siasatan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 12:06 PM

No comments:

Post a Comment