Search This Blog

Loading...

Friday, October 28, 2016

Dikurung 20 tahun oleh keluarga sendiri


27 OKTOBER 2016
Dikurung 20 tahun oleh keluarga sendiri

Dikurung 20 tahun oleh keluarga sendiri Armando Bezerra de Andrade
GUARULHOS - BRAZIL. Polis Brazil menyelamatkan seorang lelaki yang dikurung oleh keluarganya sendiri sejak 20 tahun lalu.

Lelaki berusia 36 tahun ditemui secara kebetulan ketika serbuan anti dadah di kawasan kemiskinan di Guarulhos.

Polis berkata, lelaki berkenaan kekurangan zat makanan dan mempunyai tanda-tanda mengalami masalah kesihatan mental.

Jiran berkata, dia adalah seorang pelajar yang sering dipukul oleh ibu tirinya sebelum tiba-tiba hilang ketika berusia 16 tahun.

Lelaki itu dikenalpasti sebagai Armando Bezerra de Andrade dan dibawa ke hospital tempatan.

Menurut polis, mangsa tidak boleh bercakap itu ditemui di dalam bilik yang hanya mempunyai sebuah katil, tandas yang kotor dan dindingnya mempunyai rantai.

Tiada sesiapa ditemui di dalam rumah berkenaan ketika serbuan.

Menurut jiran, bapa kepada lelaki itu, ibu tirinya serta anak lelaki wanita itu tinggal di rumah berkenaan sebelum ini.

Bagaimanapun, bapa mangsa kemudian pergi ke balai polis dan memberitahu pegawai, mangsa lari dari rumah ketika remaja dan kembali semula minggu lalu dan meminta untuk diletakkan dalam bilik berkenaan kerana dia adalah penagih dadah.

Ujian dilakukan bagi memastikan sebarang penggunaan dadah atau ubatan.‎

Polis berkata, bapa mangsa tidak ditahan dan siasatan kini dijalankan.

No comments:

Post a Comment