Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 4, 2016

Dengar bisikan, gelisah dan tidak boleh tidur


Suspek kes amuk agresif sejak tiga hari lepas - Kakak
NORLIA RAMLI  |  04 Oktober 2016 12:48 AM

BALING 3 Okt. - Pesakit mental yang mengamuk dan membelasah adik serta ibu saudaranya sehingga mati semalam, bersikap agresif dan sering gelisah sejak tiga hari lalu.
Suspek kes amuk yang menyebabkan dua kematian di Kampung Lanai,

Suspek kes amuk yang menyebabkan dua kematian di Kampung Lanai, Baling dibawa untuk mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Sik, Kedah, semalam. UTUSAN/NORLIA RAMLI
Kakak sulungnya, Zurina Wahab, 39, berkata, adik lelakinya itu yang berusia 32 tahun sering mengadu terdengar bisikan menyebabkannya gelisah dan tidak boleh tidur.
“Selama tiga hari dia tidak dapat tidur dan sering mengadu terde­ngar bisikan dan nampak perkara yang bukan-bukan serta bertanyakan ibu, Che Piah Shafie, 66, adakah ibu juga nampak seperti yang dia nampak, tetapi ibu mengatakan tidak.
“Puas ibu memujuk dan menasihatinya supaya bertenang dan tidur serta memberikan ubat penenang, namun masih juga tidak berubah keadaannya,” kata Zurina ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lanai di sini hari ini.
Dalam kejadian semalam, suspek membelasah adiknya yang lumpuh, Mohd. Azwan Wahab, 26, dan ibu saudaranya, Rokiah Abdullah, 54, dengan kukur kelapa dan bata.
Menurut Zurina, suspek yang me­rupakan anak keempat daripada enam beradik pernah mengamuk sebelum ini sehingga mereka terpaksa mengikat dan membawanya ke hospital untuk mengambil ubat penenang.
Katanya, dia juga tidak menyangka suspek boleh bertindak ganas sehingga membunuh Mohd. Azwan yang merupakan adik bongsu mereka serta ibu saudara mereka.
“Walaupun begitu kami sekeluarga reda dengan takdir ini,” katanya sambil memberitahu turut melihat perubahan adik bongsunya apabila arwah dikatakan sering meluahkan kekesalan tentang hidup dan mengingati kematian.
“Azwan mengeluh tentang dosa-dosanya yang lalu dan berazam untuk berpuasa bagi menggantikan puasanya yang pernah tertinggal sebelum ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dengar-bisikan-gelisah-dan-tidak-boleh-tidur-1.390364#sthash.9tV1xl3i.dpuf

No comments:

Post a Comment