Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

Bawa lari 20 sabun




ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan di pasar raya Taman Sri Mawar, Senawang yang dimasuki sekumpulan penjenayah, semalam.


Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

Seremban: Tiga penjenayah bukan saja melarikan hasil rompakan berjumlah RM10,000 malah turut membelasah dua pemilik kedai runcit warga Pakistan selepas memecah masuk empat premis di Jalan Senawang, Link Sungai Gadut, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa dan rakannya berusia 30 tahun tidur dalam kedai sebelum dikejutkan kehadiran tiga penjenayah.

Sumber berkata, penjenayah memasuki premis dengan memecahkan pintu hadapan sebelum menerjah bilik didiami mangsa sambil mengacukan parang.

“Mangsa menyerahkan wang tunai RM4,200, pasport serta empat telefon bimbit. Selepas itu, penjenayah memukul dua mangsa menggunakan parang.

“Kejadian mengakibatkan mangsa cedera di belakang badan serta lengan. Sebelum melarikan diri, penjenayah turut melarikan tujuh susu tin, lima air kotak, 20 sabun, 30 kotak rokok, wang syiling berjumlah RM100 dan wang kertas RM340 di kaunter,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 9:20 AM

No comments:

Post a Comment