Search This Blog

Loading...

Saturday, October 8, 2016

Barang kemas disita RM3.64 juta

Oleh MUSTAPA LAKAWA



Sebahagian barang kemas dan wang tunai dipercayai milik dua pegawai kerajaan di Sabah yang dirampas SPRM.


KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus membongkar kemewahan luar biasa dimiliki pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri di sini semalam.
Terbaharu, SPRM mengesahkan anggaran nilai keseluruhan barang kemas yang dirampas daripada ke­dua-dua pegawai kanan kerajaan itu seberat 19.3 kilogram (kg) dengan nilai RM3.64 juta.
Kesemua barang kemas itu ditemui di rumah dan pejabat kedua-dua suspek terbabit. Sejumlah barang kemas lagi ditemui dalam peti besi disimpan di beberapa buah bank.
Antara jenis barang kemas yang disita termasuk cincin, ge­lang, subang, rantai leher. Turut dirampas sejumlah batu permata dan berlian.
Satu sumber memberitahu, daripada jumlah keseluruhan barang kemas bernilai RM3.64 juta, sejumlah 14.5kg barang kemas bernilai RM2.74 juta dikatakan disimpan pengarah berusia 54 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz4MRrz5sse 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment