Search This Blog

Loading...

Saturday, October 8, 2016

Angka Kematian Taufan Matthew Meningkat 572 Orang


Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 6:09 PM
Anggota kecemasan mengkebumikan dua mayat selepas Taufan Matthew membadai bandar Jeremie di Haiti pada 6 Oktober 2016. - REUTERS

DIKEMASKINI
ANGKA kematian akibat Taufan Matthew yang membadai Haiti pada Jumaat, meningkat kepada sekurang-kurangnya 572 orang.
Kira-kira 50 orang mangsa dilaporkan terbunuh di pekan Roche-a-Bateau manakala bandar berhampiran, Jeremie menyaksikan 80 peratus bangunan di kawasan tersebut musnah sepenuhnya.
Di wilayah Sud, sebanyak 30,000 buah rumah musnah selepas taufan yang paling kuat dalam tempoh 10 tahun di Carribean itu melanda Haiti dan Bahamas.
Agensi berita Reuters melaporkan, angka kematian yang dicatatkan setakat ini berjumlah 339 orang, kebanyakan mangsa terbunuh akibat dihempap pokok, terkena serpihan dan lemas di sungai.
Kejadian pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus dilaporkan berlaku di Bahamas tetapi tiada kematian dicatatkan.
Taufan yang membawa angin selaju 230 kilometer sejam itu membadai kawasan semenanjung Tiburon, kini dikategorikan sebagai ribut Kategori Tiga menuju ke kawasan pesisiran pantai Florida di Amerika Syarikat (AS).
Kelajuan angin yang dibawa ribut itu juga berkurangan kepada 120 kilometer sejam dan dijangka melanda negeri tersebut pada bila-bila masa.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, kira-kira 350,000 penduduk di Haiti memerlukan bantuan segera.
Pertubuhan kecemasan dunia, Palang Merah mula melancarkan kempen mengumpul dana sebanyak AS$6.9 juta (RM28.5 juta) bagi menyediakan bantuan perubatan, pusat perlindungan, bekalan air bersih kepada 50,000 penduduk.
AS telah mengerahkan sembilan helikopter tentera untuk menghantar bekalan makanan dan air di kawasan paling teruk terjejas akibat dilanda taufan itu.

No comments:

Post a Comment