Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

Amukan parang lelaki Sri Lanka


EMPAT daripada enam warga Sri Lanka menahan kesakitan selepas diserang dengan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Mahir, Taman Sri Muda, Shah Alam malam kelmarin.


SHAH ALAM – Enam lelaki warga Sri Lanka cedera parah dengan salah seorang daripada mereka putus ibu jari kaki selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Mahir, Taman Sri Muda dekat sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, enam lelaki yang sedang minum dan berbual di pekarangan rumah teres dua tingkat didiami 10 lelaki pekerja kilang itu diserang rakan senegaranya yang bersenjatakan parang.
Akibat serangan itu, tiga mangsa mengalami kecederaan pada lengan kiri manakala seorang lagi pada lengan sebelah kanan.
Seorang lagi mangsa putus ibu jari kaki kiri dan cedera pada lengan kiri manakala seorang lagi cedera di rusuk kiri akibat ditetak.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10 malam memaklumkan berlakunya satu pergaduhan di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Muda dekat sini.
Katanya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati rumah terbabit merupakan asrama pekerja sebuah syarikat yang didiami 10 pekerja warganegara Sri Lanka termasuk enam mangsa tersebut.
“Berdasarkan keterangan kejadian berlaku pukul 9.30 malam apabila empat suspek dengan salah seorangnya dikenali sebagai Nagundan datang ke rumah tersebut untuk mencari telefon bimbit yang hilang namun tidak dibenarkan masuk.
“Kira-kira 10 minit kemudian, Nagundan dan dua rakannya datang semula dan membuat bising dengan menjerit di luar pintu pagar sementara seorang lagi rakan mereka memanjat pagar di belakang rumah dan terus menyerang keenam-enam mangsa yang sedang minum dan bersembang di luar rumah dengan parang panjang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz4OcKB0OKU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment