Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 4, 2016

Ajal lari dari pergaduhan




ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa. FOTO Muhammad Sulaiman

Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my


Klang: Lelaki warga Myanmar ditemui mati selepas terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri dalam pergaduhan di tingkat 12 Kondominium Bandar Baru Klang di sini, 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang, Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam yang menemui mangsa, 30-an, dalam keadaan terbaring di tingkat bawah kondominium itu.

"Siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa dan beberapa lelaki dipercayai kenalannya di rumah itu. Mangsa yang panik cuba melarikan diri namun terjatuh dari balkoni rumah berkenaan.

"Mangsa yang belum dikenal pasti identiti mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan lelaki Myanmar disyaki suspek iaitu Chin Khan Thang, 34, bagi membantu siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 1:47 PM

No comments:

Post a Comment