Search This Blog

Loading...

Saturday, October 1, 2016

Ajal digilis lori



Kemalangan yang mengorbankan Aznam di Kilometer 37.8 Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) arah utara, dekat Ampangan hari ini. FOTO Mohd Khidir Zakaria



Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Seremban: Penunggang motosikal maut digilis lori selepas terbabit kemalangan di Kilometer 37.8 Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) arah utara, dekat Ampangan di sini, hari ini.

Mangsa, Aznam Mohd Lasim, 45, dan pemandu lori dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian 7.47 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dari Sikamat ke tempat kerjanya di Nilai melanggar belakang kereta Proton diletakkan di bahu jalan kerana rosak.

"Kemalangan itu mengakibatkan mangsa tercampak ke kanan jalan dan digilis sebuah lori. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sehingga kini, polis belum menerima laporan daripada pemandu lori berkenaan. Polis membuat permohonan untuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak LEKAS untuk mendapatkan maklumat mengenai kenderaan itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2016 @ 3:40 PM

No comments:

Post a Comment