Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

2 maut kereta langgar pokok



KERETA terbabas sebelum lmelanggar pokok. Foto ihsan Bomba



Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Petra Jaya: Dua maut, manakala lima cedera apabila kereta dinaiki terbabas melanggar pokok di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, dua penumpang Nizam Farizan Abdul Malik dan Dayang Persih Awang Latip maut di lokasi kejadian.

Pemandu kereta, Awang Marjuki Awang Latip, 29, parah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintendan Alexson Naga berkata, empat lagi penumpang iaitu dua lelaki dan perempuan berusia 15 hingga 21 tahun cedera.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta hilang kawalan, terbabas dan melanggar pokok di bahu jalan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 11:15 AM

No comments:

Post a Comment