Search This Blog

Loading...

Saturday, October 1, 2016

12 mayat dijumpai dalam sungai Mexico


30 SEPTEMBER 2016

12 mayat dijumpai dalam sungai Mexico

JALISCO - MEXICO. Pihak berkuasa menjumpai 12 mayat di barat Sungai Mexico berhampiran tasik popular di kalangan pelancong Amerika Syarikat dan mengesyaki ia berkaitan dengan dua geng dadah, lapor AFP.‎

Tiga mayat ditemui di Sungai Lerma pada Khamis selepas sembilan yang lain ditemui pada tiga hari pertama dalam semigggu, kata pendakwa negeri Jalisco, Eduardo Almaguer.

"12 mayat ditemui di sungai Lerma dan di Tasik Chapala," kata Almaguer.

Almaguer bagaimanapun tidak mendedahkan bagaimana ketiga-ketiga mangsa baharu itu maut.

Sembilan mayat lain menunjukkan tanda-tanda keganasan.

Seorang pegawai polis berkata, sekurang-kurangnya dua daripada mangsa mempunyai kesan tembakan dan dua yang lain telah dicacatkan.

"Jika dua kumpulan jenayah terlibat dalam insidne ini, tanggungjawab kita adalah untuk menangkap mereka," kata Almaguer, tanpa menamakan kumpulan terbabit.

Almaguer berkata, sesetengah mangsa mungkin telah dibunuh di Jalisco dan negeri jiran Michoacan, satu lagi zon sengketa, di dalam perang dadah selama sedekad di Mexico.

No comments:

Post a Comment