Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

10 didakwa ahli Geng Latino Dago



TERTUDUH di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. FOTO Sarah Zulkifli


Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: 10 lelaki, termasuk tujuh warga Colombia didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang 'geng Latino Dago', membabitkan kes samun dan pecah rumah sejak awal tahun lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada ketua geng itu, Martines Serano Dagoberto, 35, dua beradik warga tempatan , Redhuan Mahiddin, 50, dan Abdul Rahman, 47, serta Mohd Rizal Md Sahak, 41, yang mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Manakala pertuduhan bagi enam lagi pengikut Martines yang tidak fasih bahasa Inggeris, Fredi Ismael Bernal Gonzalez, Jose Aimando Rocha, Jeifry Rohas Romero, Jhon Alexander Rocha Lugo, Jorge Alexander Sabugai Pena dan Anderson Marcel Valencia Cubillos, akan dibacakan semula dalam bahasa Sepanyol pada 27 Disember ini.

Mengikut pertuduhan, mereka masing-masing didakwa menganggotai kumpulan itu yang menjalankan aktiviti pecah rumah dan samun berkumpulan di sekitar sini, Selangor dan Kedah, pada awal Januari lalu hingga 15 dan 16 September lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakw Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam manakala hanya Redhuan dan Abdul Rahman diwakili peguam Mohd Yusri Mohd Yusof.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 1:46 PM

No comments:

Post a Comment