Search This Blog

Loading...

Monday, October 31, 2016

1 maut, 4 cedera kereta langgar pokok




KERETA terbabas dan melanggar pokok. FOTO ihsan Bomba


Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my


Seremban: Seorang lelaki maut manakala empat rakannya cedera selepas kereta dinaiki melanggar pokok di Jalan Paroi, Senawang berhampiran Taman Rashidah Utama di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kereta dinaiki empat lelaki dan seorang wanita berusia 18 hingga 24 tahun itu dipercayai terbabas dan melanggar pokok di bahu jalan.

Kemalangan itu mengakibatkan penumpang hadapan Fazrul Asyraff, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua parah termasuk wanita dan dua lagi cedera ringan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang Mohd Fadzli Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan 8.13 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi.

"Sebaik tiba, ada mangsa yang sudah keluar dan kita menjalankan operasi mengeluarkan penumpang hadapan yang tersepit.

"Pemeriksaan mengesahkan mangsa meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat mereka dalam perjalanan ke Rembau untuk menyaksikan pertunjukan silat.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 1:02 PM

No comments:

Post a Comment