Search This Blog

Loading...

Tuesday, September 6, 2016

Zika: Singapura 258 kes, Filipina jangkitan pertama


06 September 2016 12:13 AM
SUKARELAWAN kesihatan menampal poster mengenai pencegahan zika

SUKARELAWAN kesihatan menampal poster mengenai pencegahan zika di kawasan penempatan di Singapura, baru-baru ini. REUTERS
SINGAPURA 5 Sept. – Jangkitan virus zika di Singapura mence­cah 258 kes hari ini, selain pihak berkuasa kesihatan memberi amaran wabak berkenaan tidak akan tertumpu di suatu kawasan sahaja dan berkemungkinan akan merebak ke kawasan lain.
Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan ber­sama mengesahkan 16 kes baharu dan empat daripadanya tidak mempunyai kaitan dengan kelompok pesakit sedia ada.
“Dari semasa ke semasa, kami menjangkakan kes zika akan me­rebak di beberapa kawasan lain berikutan pembiakan nya­muk Aedes di sini. Kementerian dan NEA akan menyusun strategi bagi menangani kes zika ini seperti denggi,” kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Menteri Kesiha­tan Singapura, Gan Kim Yong ber­kata, pesakit sedia ada tidak akan dikuarantin kerana zika ha­nya mem­-
punyai ‘kesan terhad’.
“Harus diingatkan bahawa 80 peratus pesakit yang dijang-
ki­ti tidak menunjukkan sebarang simptom dan mereka tidak di­ra­wat oleh doktor. Hanya 20 peratus sahaja menunjukkan gejala tetapi kesannya sangat terhad, maka proses kuarantin tidak lagi berkesan,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Channel News Asia.
Sementara itu, Filipina menge­-
sahkan telah mendapat laporan jangkitan pertama zika tahun ini.
Menurut jurucakap Kemente-rian Kesihatan, Dr. Eric Tayag, seorang wanita berusia 45 tahun yang tinggal di Bandar Iloilo, tengah Filipina menjadi mangsa pertama jangkitan berkenaan.
Tambahnya, wanita berkenaan dipercayai dijangkiti ketika berada di dalam negara dan tidak mempunyai rekod melancong ke luar negara sejak dua minggu lalu.
Selain itu, wanita itu juga ti-
dak berada dalam keadaan hamil dan sedang menjalani rawatan di rumah.
Kali terakhir Filipina mencatatkan kes zika ialah pada 2012 membabitkan seorang remaja lelaki di kepulauan Cebu dan empat orang warga asing. – AFP/REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/zika-singapura-258-kes-filipina-jangkitan-pertama-1.379093#sthash.b35o9051.dpuf

No comments:

Post a Comment