Search This Blog

Loading...

Sunday, September 4, 2016

Warga emas trauma kereta rempuh ruang tamu


WARTAWAN SINAR HARIAN
3 SEPTEMBER 2016
Warga emas trauma kereta rempuh ruang tamu

Kereta dipandu anggota tentera terbabas masuk ke ruang tamu mangsa
SUNGAI PETANI - Seorang wanita warga emas trauma apabila sebuah kereta terbabas merempuh masuk ruang tamu rumahnya di Kampung Pantai Prai, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa, Azizah Wahab, 64, sempat beredar dari ruang tamu menuju ke bilik lain.

Anak lelakinya, Sahrizal Mohd Hajri, 39, berkata, ibunya begitu terkejut bila terdengar sebuah kereta tiba-tiba merempuh bahagian ruang tamu rumahnya itu.

“Nasib baik emak tak berada di tempat tersebut ketika kejadian, bagaimanapun banyak barang penting rosak.

“Saya difahamkan pemandu kereta terbabit hilang kawalan sebelum melanggar ruang tamu rumah yang terletak tidak jauh dari tepi jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Pesona dipandu seorang anggota tentera, Ahmad Yahya, 58, dalam perjalanan balik ke rumahnya melalui Pinang

Tunggal menghala ke Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, Padang Serai.

Beliau berkata, anggota tentera terbabit cedera di dada dan mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

“Pemandu kereta yang bertugas sebagai pembantu operasi di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani bersetuju untuk membaiki kerosakan rumah berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment