Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 28, 2016

Warga emas ditemui mati dengan kesan tetak


SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
28 SEPTEMBER 2016

Warga emas ditemui mati dengan kesan tetak

Warga  ditemui mati dengan kesan tetak Suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis malam tadi.
TAPAH - Seorang warga emas ditemui mati dengan kesan tetak di leher dan muka dipercayai dibunuh anak lelakinya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Ayer Kuning, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Low Kew@Low Lin Kiew, 74, yang lumpuh dijumpai terlantar di atas kerusi malas di bahagian dapur kering dengan kesan kecederaan di leher dan muka.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, suspek  berusia 55 tahun  masih bujang dan seorang pekebun sawit, dipercayai penagih dadah dan dalam pengaruh dadah ketika kejadian berlaku.

Menurutnya, siasatan dilakukan polis di rumah itu  menjumpai sebilah pisau potong daging dan sebilah pisau kecil yang telah patah dan mempunyai kesan darah, di tepi mayat mangsa.

“Kami juga mendapati terdapat kesan darah di lantai dan kerusi serta percikan di dinding dan peti sejuk berdekatan mangsa.

“Mangsa yang lumpuh tinggal berdua bersama suspek di dalam sebuah rumah  mempunyai tiga bilik manakala dua beradik lain  berada di Kuala Lumpur,” katanya.

Lelaki itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment