Search This Blog

Wednesday, September 7, 2016

Warga asing bolot bisnes Lorong Haji Taib



MESIN jahit yang disita penguat kuasa DBKL.

Kuala Lumpur: Lima daripada sembilan tapak gerai menjual pakaian terpakai dikuasai warga Bangladesh. Itu yang dikesan anggota penguat kuasa ketika menjalankan operasi di Lorong Haji Taib, di sini, Khamis lalu.

Keadaan itu menggambarkan masih ada peniaga tempatan tidak bertanggungjawab ‘mengalibabakan’ perniagaan mereka dengan menyewa tapak gerai kepada warga asing.

Dalam operasi dijalankan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu, lebih 3,000 helai pakaian terpakai dan beberapa peralatan perniagaan disita.

Operasi bersepadu bermula jam 5 petang itu membabitkan seramai 47 anggota penguat kuasa termasuk dari Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, anggota Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan (JIMWP) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber DBKL berkata, pada akhir operasi jam 12 tengah malam, pihaknya menyita 29 tong pakaian serta beberapa peralatan seperti payung berniaga, kerusi lampu dan mesin jahit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 8:01 AM

No comments:

Post a Comment