Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 7, 2016

Umpan menang loteri RM200,000




AZIZAN (tengah) menunjukkan tiket loteri dan cek RM200,000 palsu yang dirampas daripada dua suspek di Temerloh. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@mediaprima.com.my


Kuantan: Dua lelaki dikesan cuba memperdayakan warga emas dengan kemenangan loteri RM200,000 sebelum ditahan di hadapan bank di Temerloh, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian 11 pagi, seorang suspek dikatakan datang kepada mangsa lelaki berusia 82 tahun dan menawarkan tiket loteri dengan hadiah RM200,000 yang akan dibayar dalam bentuk cek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Azizan Md Isa berkata, mangsa perlu membayar RM30,000 kepada suspek bagi mendapatkan hadiah loteri itu.

"Mangsa tidak menyemak tarikh tiket loteri itu dan terus pulang ke rumah untuk mengambil buku banknya bagi membuat pengeluaran tunai. Bagaimanapun perbuatan mangsa kemudian dikesan anak lelakinya yang bertindak menghubungi polis selepas berasa curiga dengan kelakuan bapanya untuk mengeluarkan wang secara tergesa-gesa," katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan pantas anak mangsa menghubungi polis membolehkan pihaknya terus menangkap dua suspek berusia 46 dan 58 tahun ketika suspek sedang menunggu mangsa mengeluarkan wang.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 1:21 PM

No comments:

Post a Comment