Search This Blog

Thursday, September 1, 2016

Ular sawa bawah pacuan empat roda


WARTAWAN SINAR HARIAN
1 SEPTEMBER 2016
Ular sawa bawah pacuan empat roda

Ular sawa bawah pacuan empat roda Ghazali (kiri) turut bekerjasama dengan anggota JPAM Pasir Mas mengeluarkan ular sawa yang bersembunyi di bawah kotak gear pacuan empat roda miliknya
PASIR MAS - Seorang penduduk di Kampung Tok Dap, Tok Uban dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa jantan yang bersembunyi di bahagian kotak gear kenderaan pacuan empat roda miliknya.

Ghazali Daud, 56, berkata, kejadian tersebut disedarinya pada jam 7 pagi apabila dia terlihat seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter menyusur masuk ke bawah kenderaan yang diletakkan di hadapan rumahnya.

“Sebaik nampak ular tu, saya terus memeriksa kenderaan dan mendapati ular sawa seberat 20 kilogram itu berada berhampiran kotak gear.

Saya cuba keluarkannya sendiri tapi usaha tersebut gagal sebab ruang terlalu sempit.

“Kemudian saya ambil keputusan dapatkan bantuan daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Pasir Mas,” katanya.

Menurutnya, selepas usaha tersebut gagal dia membawa pacuan empat rodanya ke kedai cuci kereta berhampiran bagi memudahkan operasi mengeluarkan reptilia tersebut.

Ghazali berkata, kenderaannya diletakkan di atas jeriji besi bagi memudahkan anggota JPAM menjalankan tugas.

Katanya, JPAM yang diketuai Ketua Skuad Bravo, Mohd Shahrul Aris dan anggotanya mengambil masa satu jam setengah untuk mengeluarkan ular sawa tersebut.

Ghazali berkata, dia lega apabila reptilia itu berjaya dikeluarkan dan terkejut melihat saiznya yang terlalu besar.

“Ini kali pertama saya berdepan kejadian sebegini,” katanya.

No comments:

Post a Comment