Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

Tiga termasuk penjawat awam ditahan proses ketum belakang rumah


FADZLY IZAB  |  09 September 2016 9:18 PM


ketum

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail (kanan) menunjukkan sebahagian daripada barangan yang dirampas ketika sidang akhbar di IPD Jasin di sini, hari ini. - UTUSAN
JASIN 9 Sept. - Tiga lelaki termasuk seorang penjawat awam dicekup polis semasa sedang memproses air ketum di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni dekat Kampung Kelubi, di sini hari ini.
Dalam tangkapan pukul 1.30 pagi itu, kesemua suspek berumur antara 19 hingga 28 tahun ditahan ketika sedang leka memproses minuman memabukkan itu di belakang rumah berkenaan.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Sampornak Ismail berkata, ketiga-tiga suspek cuba melarikan diri ke kawasan semak berhampiran apabila menyedari kehadiran pihak polis namun gagal.
Menurutnya, hasil penahanan ketiga-tiga suspek, polis menemui pelbagai barangan memproses air ketum termasuk tong gas, periuk besar berisi 15 kilogram daun ketum yang telah diproses, baldi serta 140 bungkusan cecair dipercayai air ketum di lokasi tersebut.
“Pemeriksaan lanjut mendapati setiap bungkusan itu berisi satu liter cecair yang dipercayai dijual kepada orang lain dengan harga RM10 sebungkus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berkaitan kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini hari ini.
Jelas Sampornak, pihaknya turut percaya penjawat awam berumur 25 tahun itu bersama dua rakannya memproses air ketum yang dipercayai diperoleh dari utara tahan air itu sekali seminggu untuk dijual di sekitar Jasin.
“Polis turut menjalankan ujian air kencing terhadap ketiga-tiga mereka namun kesemua suspek bebas daripada pengambilan dadah,” ujarnya.
Kata Sampornak, pihaknya bagaimanapun masih menyiasat pemilik rumah tempat suspek memproses minuman ketum tersebut memandangkan mereka tidak tinggal di situ.
Tambah, ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
“Jika sabit kesalahan, kesemua mereka boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali,” tambahnya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tiga-termasuk-penjawat-awam-ditahan-proses-ketum-belakang-rumah-1.380788#sthash.XTRIg1Ot.dpuf

No comments:

Post a Comment